Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-59

merdeka 2

Tema Lagu & Logo Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan Malaysia 2016:Tanggal 31 Ogos 2016 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke-59.

Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke 59 yang  mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015

Mulai tahun 2015, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi menggunakan ungkapan"Hari Kemerdekaan ke 58"  tetapi hanya "Hari Kemerdekaan 2015"  untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Maka tahun ini, Hari Merdeka di kenali sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia 2016

Tema Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 – Sehati Sejiwa
Tema rasmi "Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga turut membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.

Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016

Logo rasmi Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 sama seperti tahun 2015

 Logo Hari Kemerdekaan Malaysia 2016

Maksud Logo Rasmi Kemerdekaan Malaysia 2016

 

Bulan Kemerdekaan

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2016, beberapa acara akan diadakan sebelum tanggal 31 Ogos 2016. Semuanya boleh anda dapati dilaman sesawang khas JKMM iaitu http://31ogos.my/. Diantaranya adalah pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2016.

 

Berikut adalah lagu rasmi hari kemerdekaan Malaysia 2015-2016.

  • Tajuk : Sehati Sejiwa
  • Lagu : Muhammad Yuri Edris 
  • Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
  • Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
  • Penyanyi Latar : Gemersik Chorus

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.