Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui
kaedah berikut:
i. Secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau
myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau
ii. Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021.