BERITA SEKOLAH (UMUM)

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK DARULAMAN KE-37

Kejohanan Olahraga Ke-37, SMK Darulaman telah berlangung dengan jayanya pada Khamis, 11 Julai 2012 bertempat di Stadium Darulaman mulai jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Tetamu Kehormat dan Perasmi ialah Encik Turin b. Ahmad. Yang turut hadir ialah YDP PIBG dan AJK, para jemputan dan ibu bapa. Selain daripada acara sukan, turut dipersembahkan ialah Perbarisan Kontinjen, Pertandingan Kumpulan Sorak dan Pertandingan Khemah Terbaik. Rumah Ekhsan mengungguli kejohanan edisi ke-37 dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 2308 mata, dikuti rapat oleh Rumah Naim dengan pungutan 2305 mata, Rumah Takzim 2299 mata dan Rumah Ridzuan dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 2225. Kejohanan Olahhraga SMKD Ke-37 juga dimeriahkan dengan kehadiran atlet jemputan dari SMK Hutan Kampung, SMK Al-Bukhairy, SM Teknik Jalan Stadium dan SMK St Michael. Olahragawati disandang oleh Aimizatul Akmal Mohd Ridhwan, manakala Olahragawan disandang oleh Muhd  Aliff Abdul Rahman yang juga meraih gelaran Olahragawan Keseluruhan.