PROJEK PENDIDIKAN KHAS

PROJEK TANAMAN FERTIGASI
 
Pengenalan
Permodenan telah membawa banyak perubahan dari segi cara hidup dan keadaan sekeliling kepada penduduk di bandar. Kita sudah semakin jauh daripada alam semulajadi yang kaya dengan penghasilan oksigen dari tumbuhan. Kandungan oksigen dari tumbuhan amat berfaedah bagi kesihatan manusia. Pengabaian kita terhadap tanaman pelbagai tumbuhan seperti sayuran semakin banyak. Kesederan tentang kepentingan pelbagai tumbuhan dipersekitaran manusia telah menimbulkan minat untuk menanam tumbuhan secara fertigasi
 
Rasional
Sistem fertigasi ini sangat sesuai bagi tanaman berbuah seperti tomato.timun,cili, terung dan sebagainya.Tanaman system fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangan kulat atau penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Sehubungan dengan itu Kelas Pendidikan Khas SMK Darulaman telah mencari satu kawasan kecil untuk dijadikan projek tanaman fertigasi  ini.
 
Matlamat
Untuk  mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif khususnya di luar bilik darjah, pelajar  diajar dan dilatih cara-cara penanaman secara fertigasi . Kemahiran menanam dan menjaga tanaman dalam kawasan yang kecil mendatangkan manafaat kepada pelajar dari aspek kerjaya apabila mereka tamat persekolahan nanti.
 
Objektif
Diharapkan melalui aktiviti menanam secara fertigasi ini, akan membolehkan pelajar-pelajar:-
i. Mendapat kesedaran tentang kepentingan tanaman dalam kehidupan manusia.
ii. Menghargai alam semulajadi.
iii. Berkemahiran menanam pokok dalam kawasan yang kecil.
iv. Berpeluang menceburi diri dalam kerjaya menanam seterusnya menjual tanaman fertigasi.
 
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang terlibat secara menyeluruh dalam projek ini terdiri daripada:-
      i.          semua pelajar-pelajar pendidikan khas.
      ii.         guru-guru pendidikan khas
      iii.        pembantu pengurusan murid (PPM)                                                   
 
Jawatankuasa Induk
 
Penasihat
Pn Hj Naimah bt Ibrahim
(Pengetua SMK Darulaman)
 
Pengerusi
En Dzulkifli b Dahalan
(PK Pend. Khas)
 
Setiausaha
En Mohd Kamal b Abd Hamid
 
Pen.Setiausaha
Pn Maisarah bt Sulong
 
Bendahari
En Lokman b Desa
 
AJK
En Mohd Radzi b Abdu lRahman
En Amirudin b Abd Hamid
Cik  Nohayati bt Mohamad
Pn Shuhidatun  bt Zainal
Pn Mazlinda bt Abu Bakar
Pn Mawarni bt Desa
Pn Balkhis bt Ibrahim